Dasar Pertahanan Menyeluruh (HANRUH)

Apa itu HANRUH?
Ia adalah komponen kesiapsiagaan awam yang menuntut penggemlengan tenaga dan usaha semua agensi awam, swasta, bdan bukan kerajaan, pertubuhan sukarela dan lapisan rakyat menghadapi situasi sebelum, semasa dan selepas peperangan, darurat atau bencana.

Ia memerlukan kecekapan dan kesediaan agensi yang terlibat dan rakyat membentuk pasukan tindak balas bantuan kecemasan, sokongan logistik dan kaunseling semasa aman mahupun peperangan.

Secara tidak langsung, ia turut memberi ruang yang luas kepada segenap lapisan masyarakat untuk menyumbang khidmat bakti dan bersama-sama mempertahankan negara daripada sebarang ancaman peperangan, darurat atau bencana.

Tanggungjawab
Komponen Kesiapsiagaan Awam adalah salah satu daripada lima (5) komponen HANRUH yang memberikan takrifan tanggungjawab seperti berikut:

  • Kesediaan agensi awam dan swasta untuk mengadakan kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda.
  • Kesediaan agensi awam dan swasta untuk membekalkan kemudahan asas dan logistik sebelum, semasa dan selepas peperangan, darurat atau bencana.
  • Kesediaan orang awam untuk menyelamatkan diri mereka semasa situasi peperangan, darurat atau bencana;.
  • Kesediaan agensi awam, swasta, badan sukarela dan orang perseorangan dalam pengemblengan tenaga sebelum, semasa dan selepas peperangan, darurat atau bencana.
  • Membina kesediaan dan kecekapan agensi awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam bagi tujuan membentuk:
    • Penglibatan aktif semasa aman dan perang.
    • Kumpulan SAR dan bantuan kecemasan.
    • Kumpulan perubatan; dan
    • Kumpulan sokongan logistik.
Jawatankuasa
JPAM telah dilantik sebagai Urusetia kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH dengan dipertanggungjawabkan untuk merangka aktiviti-aktiviti jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi semua langkah-langkah persediaan, teras program, strategi dan kaedah pelaksanaan.

Ini dilaksanakan berdasarkan terma rujukan yang dipersetujui oleh Kumpulan Kerja Komponen Kesiapsiagaan Awam HANRUH yang melibatkan sebanyak 9 kementerian dan 10 buah agensi/NGO.

Senarai Jawatankuasa

AHLI JAWANTANKUASA PENGERUSI 
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), 
Kementerian Dalam Negeri (KDN).

TIMBALAN PENGERUSI 
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

URUSETIA 
Kementerian Dalam Negeri (KDN); dan 
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

AHLI
a) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); 
b) Kementerian Kerja Raya (KKR); 
c) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); 
d) Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK); 
e) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); 
f) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ; 
g) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN HEP); 
h) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
i) Angkatan Tentera Malaysia (ATM); 
j) Polis DiRaja Malaysia (PDRM); 
k) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM); 
l) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); 
m) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); 
n) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); 
o) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan; 
p) Ikatan Relawan Rakyat (RELA); 
q) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM); dan 
r) Mercy Malaysia.

Maklumat lanjut bagi Dasar HANRUH ini, layari laman rasmi JPAM