Perkhidmatan Kecemasan 999

Perkhidmatan Kecemasan 999 (dahulu Resque 999) dan plan kontigensi JPAM.

Am:
1. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mula dikenali umum melalui perkhidmatan RESCUE 991 dan bermula 2 Oktober 2007 Perkhidmatan RESCUE 999 diperkenalkan. RESCUE 999 terdiri dari 2 Komponen utama (Talian Kecemasan 999) Skuad 999 (Kenderaan & Anggota).Kini ia dikenali sebagai Perkhidmatan Kecemasan 999

Objektif
- Melaksanakan tugas yang diperuntukan didalam Akta 221(Akta Pertahanan Awam 1951)
- Membantu mangsa-mangsa bencana, kemalangan atau dalam kesusahan.Ia secara langsung eningkatkan lagi taraf kemahiran anggota-anggota
- Membina kerjasama dengan lain-lain agensi.

Tugas
Terdapat 4 tugas utama dalam perkhidmatan ini iaitu:
-Usaha menyelamat mangsa
-Bantuan kecemasan Pertolongan Cemas, First Responder
-Perkhidmatan Ambulan dan pengangkutan mangsa dari lokasi kejadian ke Hospital
-Bantuan memadam kebakaran

Sempadan Tugas
Tiada sempadan bertugas kenderaan dan anggota Pertahanan Awam. Mana-mana kenderaan dan anggota boleh digerakkan sekiranya berlaku kemalangan atau bencana besar yang memerlukan kelengkapan dan tenaga yang banyak.

kredit: jpam Perlis