Rabu, 8 Jun 2011

Latihan Intensif Eksesais PA ke -17(bah. 2)





Latihan diteruskan lagi hari ini. Latihan penuh perlu kerana dapat mengukur tahap kecekapan, dengan penggunaan komunikasi dan gerak kerja , samada ia efektif dan selamat. Buat makluman saudara, kali ini ia turut disertai SK Noorazlesham dan SM Mohd Bakri.




Penggunaan Alat komunikasi banyak memudahkan operasi

Taklimat yang berkesan
adalah penting
Lokasi yang dicadangkan PS Zaidi membolehkan Skuad Penyelamat melaksanakan 3 kali gerak kerja penuh. Masa dicatat bagi memenuhi keperluan dalam eksesais nanti. ''Mustahak diingat, masa tidak menjamin apa-apa sekiranya perawatan dan pengendalian menyelamat mangsa tidak diutamakan.'' ulas SK Noorazlesham.

Pastikan keselamatan mangsa dalam keadaan baik.

Berdepan dengan cabaran menyelamat, penyelamat kecemasan (rescuer) perlu melaksanakan beberapa tindakan. Penelitian kepada bentuk muka bumi, kaedah yang dipraktik dan kemahiran kumpulan akan ditimbang setaranya sebelum melaksanakan sebarang gerakerja menyelamat.

Meneliti geografi kawasan
Kemahiran mengendali tali adalah kritikal.
Situasi ini dapat dilihat  hari ini. Cadangan dan bagaimana gerakerja dapat dilihat dalam kumpulan. Selepas 1 gerakerja, perbincangan diteruskan hingga memudahkan semua penyelamat kecemasan melaksanakan tugas dengan licin.

Sentiasa berbincang bagi memudahkan operasi
Selain kerjasama, penyatuan dari segi semangat, misi dan persepaduan kumpulan juga penting. Ini ditegaskan oleh SM Mohd Bakri agar setiap usaha samada berbuah kejayaan atau sebaliknya, tidak mudah menunding jari kepada mana-mana pihak sahaja. ''Ia tanggungjawab berkumpulan'' sambung beliau lagi.

Bersatu dalam 1 pasukan
Kemahiran yang tinggi hanya dapat diperoleh dengan sulaman pengalaman. Pada yang belum merasai sebarang pengalaman atau belum mencukupi, tanggungjawab mendidik jelas dilaksanakan oleh ahli yang lebih berpengalaman.

Mendidik kemahiran melalui curahan pengalaman
Bahagian 2 dan terakhir laporan ini merupakan bahagian yang penting. Tanggungjawab dan amanah menyelesaikan tugas tidak pernah dipandang ringan dan segala usaha dan nilai yang dikongsi bersama adalah untuk 1 tujuan saja.

Menyelamatkan nyawa dan harta benda anda. 

0 Komen:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.