Khamis, 2 Jun 2011

Latihan Intensif Eksesais P A 2011

Latihan persediaan yang lengkap dan secukupnya penting bagi menyediakan ASPA yang mampu berdepan dengan apa saja kemungkinan bencana. Latihan dan eksesais menjadi alat penanda aras dan pengukur tahap kecekapan ASPA.

Hari ini, JPAM Kuala Krai sedang melaksanakan latihan insentif eksesais menyelamat tempat tinggi. Pegawai merangkap jurulatih, PS Nawi bin Deris menerajui kelas intensif ini, dibarisi 10 penyelamat yang terdiri dari pelbagai latar pengalaman.

Menurutnya, latihan turut perlu fleksibel dengan keadaan cabaran lokasi kejadian / lokasi eksesais. Ini kerana, jangkaan gerakkerja yang mudah dalam kerja menyelamat bukanlah prinsip yang tepat, malainkan bertujuan latihan.
Praktis ikatan penyelamat.
Latihan tali.Hanya latihan di darat saja tanpa melibatkan penggunaan  tali yang ekstrem.
Justeru, seorang penyelamat haruslah kreatif (melihat situasi) dan cepat berfikir juga bertindak dalam mendepani cabaran menyelamat yang berisiko tinggi seperti ini.




"Keselamatan sentiasa didahulukan dan pada masa yang sama kecekapan penyelamat turut diutamakan, itulah yang menjadi cabaran yang menarik ditempuh", ujar beliau lagi.

0 Komen:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.