Selasa, 9 Ogos 2011

Laporan aktiviti terdahulu pada bulan Julai sehingga Kini

Berikut adalah aktivit yang dijalankan sepanjang bulan Julai 2011.

PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA) PERINGKAT NEGERI 2011 (19-22 JUN 2011)

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan selama 4 hari bertempat di Tapak Perkhemahan PPD Kuala Krai pada 19 Jun 2011 hingga 22 Jun 2011. Seramai 316 orang peserta Kadet Pertahanan Awam dari 9 Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negeri Kelantan telah menyertai perkhemahan pada tahun ini. 

Setiap kontingen menghantar 34 orang peserta yang terdiri daripada kadet lelaki dan kader perempuan berserta dengan guru-guru pengiring. Manakala para pegawai daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat sebagai urusetia dan jurulatih pula seramai 94 orang pegawai.


Para peserta perkhemahan KAPA 2011 diwajibkan menyertai 4 acara khusus yang dipetandingkan iaitu melawan kebakaran , menyelamat, pertolongan cemas dan kawad kaki. Di samping itu para peserta juga dikehendaki mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang perkhemahan selama 4 hari.


Hari pertama perkhemahan (19 Jun), kontingen setiap daerah mula melapor diri bermula jam 2.00 petang hinggalah jam 5.00 petang. Selepas mendaftar diri kepada pihak urusetia perkhemahan, para peserta menyiapkan khemah di tapak yang disediakan memgikut kontingen masing-masing. Para peserta juga trelah diberi taklimat dan berpecah mengikut kumpulan seterusnya pada sebelah malamnya mereka telah mengikuti satu ceramah motivasi.


Hari kedua perkhemahan (20 Jun), para peserta telah diberi pendedahan dan tunjuk ajar khusus dalam 4 acara yang bakal dipertandingkan iaitu melawan kebakaran, meyelamat, pertolongan cemas dan kawad kaki oleh jurulatih yang terdiri daripada pegawai Jabatan Pertahan Awam Malaysia bermula dari sebelah pagi hinggalah ke petang. Di sebelah malam pula para peserta diberi peluang untuk membuat persediaan bagi acara kebudayaan yang akan dipertandingkan pada malam terakhir.



Hari ketiga perkhemahan (21 Jun), 4 acara telah dipertandingkan dan keputusan akhir adalah seperti berikut :

Melawan Kebakaran :
1.    PPD Kuala Krai
2.    PPD Pasir Puteh
3.    PPD Machang

Pertolongan Cemas :
1.    PPD Kuala Krai
2.    PPD Pasir Puteh
3.    PPD Gua Musang

Kawad Kaki :
1.    PPD Tumpat
2.    PPD Pasir Puteh
3.    PPD Kuala Krai

Pada sebelah malam, acara kebudayaan telah dipertandingkan dan keputusan adalah seperti berikut :
1.    PPD Machang
2.    PPD Tumpat
3.    PPD Pasir Puteh


Hari keempat perkhemahan (22 Jun), para peserta telah membuat persiapan untuk majlis penutup perkhemahan yang berlangsung pada jam 11.00 pagi. Majlis Penutup Perkhemahan KAPA Peringkat Negeri Kelantan 2011 telah selamat disempurnakan oleh Yang Setia Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan.
Pertandingan Kemahiran Menyelamat Integrasi, Perhimpunan Pertahanan Awam Malaysia Tahun 2011 Tanjung Puteri, Melaka

Penyertaan bagi Pertandingan Kemahiran Menyelamat Integrasi ini dibuka kepada semua Jabatan Pertahanan Awam Negeri. Setiap negeri hanya boleh menghantar satu (01) pasukan bertanding. Pasukan ini terdiri daripada sepuluh (10) orang ahli sahaja. Iaitu ;
a.    02 (dua)                      Pegawai PKTK dan pembantu
b.    06 (enam)                   Anggota Pasukan Penyelamat

Nama-nama anggota unit Kuala Krai yang terlibat ialah :

-SJN (PA) Mohd Shahlizam bin Noh
-L/KPL (PA) Wan Mohd Nuriman bin Wan Hassan
-L/KPL (PA) Mohd Azwan bin Ahmad
-L/KPL (PA) Abdul Samad bin Ismail
-L/KPL (PA) Siti Zaleha Afiah bt. Razali
- L/KPL (PA) Mohd Shahrin bin Mohamad

Persediaan untuk ke Melaka

-Persegaran
L/kpl Ruhani bt Awang
L/kpl Rosniwati bt Mohd Sirap
L/kpl Maskurina bt Mohd Khairi


-Logistik
En Bakri bin Mohd Noor
Faezul bin Jusoh


Lokasi latihan di adakan SMK Vokasional kuala krai

0 Komen:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.